1719 
Total Vacancies

12965 
Registered Jobseeker

8586 
Registered Companies



ELX News

REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2015 PADA 1 MAC 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEBRUARI - Yang Mulia Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015 hadir di Sidang Media dan Majlis Penyampaian Poster Regata Brunei Darussalam 2015 pada pagi ini.

Tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk mengongsikan maklumat kepada orang ramai dan menjelaskan dengan lebih lanjut kepada pihak media mengenai dengan kandungan atau acara-acara yang telah disusun di dalam Acara Regata Brunei Darussalam 2015 yang akan berlangsung pada Ahad, 10 Jamadilawal 1436 bersamaan 1 Mac 2015 bertempat di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.

Poster Regata Brunei Darussalam 2015 telah disampaikan kepada YM Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam oleh YM Awang Haji Hassan bin Haji Ismail, Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan (iaitu wakil Pemangku Pengarah Penerangan yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Promosi dan Publisiti Regata Brunei Darussalam 2015). Penyampaian poster-poster kepada Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan wakil-wakil Media disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.