2987 
Total Vacancies

12965 
Registered Jobseeker

7473 
Registered Companies



ELX News

TATACARA BARU MEMULAKAN PERNIAGAAN DI BAWAH AKTA LESEN PERNIAGAAN (PENGGAL 127),

TEMBURONG, 16 FEBRUARI - Majlis Pemberigaan Reformasi Memulakan Perniagaan Bagi Daerah Temburong Kelolaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar Temburong.

Majlis Pemberigaan ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Do'a Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Imam Mokhtar bin Bakri Imam Masjid Kampung Labu Estate dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Pegawai Daerah Temburong Selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemberigaan Reformasi Memulakan Perniagaan.

Seterusnya Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Mulia Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai dengan tujuan jerayawara serta tujuan pindaan Akta Lesen Perniagaan.

Para jemputan seterusnya mendengar taklimat mengenai Tatacara Baru Akta Lesen Perniagaan 2015 (Penggal 127) disampaikan oleh Yang Mulia Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Pegawai Daerah Temburong. Antara isi kandungan taklimat ialah Tujuan Pindaan dan Penerangan Akta Lesen Perniagaan (Penggal 127), 2015; Tatacara Pengeluaran Lesen Perniagaan Bagi Memulakan Perniagaan; dan Tatacara Membaharui Lesen  Perniagaan (Renewal).

Taklimat mengenai Starting a Business: Briefing on Reforms and Procedures disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mariani binti Haji Sabtu, Ketua Unit Ease of Doing Business.Taklimat seterusnya ialah dari pihak Jabatan Buruh.

Dengan taklimat tersebut dapat memberikan maklumat dan menjelaskan mengenai dengan tatacara baru memulakan perniagaan di bawah Akta Lesen Perniagaan (Penggal 127), 2015. Inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memulakan perniagaan dengan lebih mudah, cepat dan telus ke arah mewujudkan suasana perniagaan yang pro-business dan business friendly.

Majlis Pemberigaan ini diakhiri dengan sesi soal jawab.

Para jemputan yang hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pejabat Peguam Negara, Dewan-Dewan Perniagaan, Penghulu-penghulu dan Ketua-Ketua Kampung dan masyarakat peniaga.

Majlis ini telah diadakan di Daerah Brunei dan Muara pada 5 Februari 2015, di Daerah Belait pada 11 Februari 2015, dan di Daerah Tutong pada 14 Februari 2015.  

Akta Lesen Perniagaan berkuatkuasa mulai 1hb Januari 2015. Lesen Perniagaan menggantikan Lesen Rampaian dan mana-mana lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.