6136 
Total Vacancies

9955 
Unemployed Active Jobseekers

13727 
Registered Companies



JCB News

Mukim Connect Di Mukim Bokok, Daerah Temburong

8hb Ogos 2019 – JobCentre Brunei dibawah Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian telah mengadakan acara Mukim Connect di Mukim Bokok, Daerah Temburong. Acara telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Daerah Temburong.

 

Dengan mengambil kira respon dan sambutan orang ramai semasa beberapa acara District Connect yang telah diadakan ke setiap Daerah, JobCentre Brunei telah memanjangkan inisiatif tersebut ke Mukim Connect iaitu mengadakan jerayawara ke peringkat akar umbi ke Mukim-Mukim.

 

Objektif Mukim Connect diadakan adalah untuk memberigakan peranan dan perkhidmatan JobCentre Brunei dalam membantu pencari kerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan serta memberikan pendedahan kepada penduduk-penduduk Mukim untuk lebih mengetahui akan terdapatnya pelbagai jenis pekerjaan di sektor swasta yang ada pada masa ini. Perkhidmatan pendaftaran pencari kerja juga disediakan semasa acara ini untuk membantu mana-mana penduduk Mukim khususnya pencari kerja yang belum lagi mendaftar diri untuk membolehkan mereka memohon mana-mana jawatan kosong yang bersesuaian.

 

Disamping itu, acara ini juga berperanan untuk memberikan landasan kepada syarikat-syarikat swasta untuk bersemuka dengan pencari-pencari kerja di Mukim Bokok serta menawarkan jawatan-jawatan kosong yang ada di Syarikat.

 

Acara telah dihadiri oleh ketua-ketua kampong, pemangku-pemangku ketua kampong dan juga penduduk-penduduk Mukim Bokok.

 

Turut juga menjayakan acara ini adalah penyertaan syarikat-syarikat swasta iaitu Trandie Marina Resorts Sdn Bhd, Ya-Nur Trading Company Sdn Bhd, Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd dan Sime Darby Industrial Sdn Bhd yang telah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk Mukim dengan mengadakan temuduga terbuka dan penghantaran CV.

 

Ini merupakan acara Mukim Connect yang ke 3 telah diadakan pada tahun ini. Inisiatif ini akan terus dipanjangkan ke mukim-mukim selebihnya di kesemua Daerah. Maklumat mengenai acara-acara yang akan diadakan bolehlah didapati melalui laman sesawang JobCentre Brunei di www.jobcentrebrunei.gov.bn, ataupun instagram di @jobcentrebrunei.