1618 
Total Vacancies

10345 
Registered Jobseeker

1846 
Registered Companies



ELX News

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN PENGHULU MUKIM BANGAR, DAERAH TEMBURONG

TEMBURONG, 15 MEI - Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Penghulu Mukim Bangar, Daerah Temburong telah berlangsung hari ini di rumah Kediaman Penghulu Mukim Bangar, Kampung Kampung Ujong Jalan, Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir ialah Yang Berhormat  Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Dr. Haji Abd Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Haji Mohd Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abu Salam, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri, Yang Mulia Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Haji Idris bin Haji Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan penduduk kampung di Mukim Bangar dan sekitarnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar dan diteruskan dengan ucapan  alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Pegawai Daerah Temburong. Seterusnya ucapan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Penyampaian Sijil Lantikan Penghulu Mukim Bangar  kepada Yang Mulia  Awang  Haji Abdul Rahman bin Merusin, Penghulu Mukim Bangar,  telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan setelah itu Penghulu Mukim Bangar membuat Bacaan Ikrar seterusnya Majlis Menandatangani Ikrar Penghulu Mukim Bangar yang disaksikan oleh Pegawai Daerah Temburong dan wakil Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Perasmian Papan Tanda Penghulu Mukim Bangar Daerah Temburong telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat dan setelah itu bacaan selawat dan doa selamat oleh Imam Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar.

Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahman bin Merusin berumur 64 tahun. Beliau pernah bertugas sebagai Guru Sekolah-Sekolah Terlatih (1976 – 1995) dan sebagai Nazir Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (1996 – 2006).  Beliau mempunyai seorang isteri iaitu Hajah Mahirah binti Haji Adul dan mempunyai 5 orang anak : 1 lelaki dan 4 perempuan.

Mukim Bangar berada di kedudukan yang strategik dalam Daerah Temburong di mana terletaknya Pekan Bangar sebagai Pusat Pentadbiran Daerah dan berfungsi sebagai persinggahan dan pusat perhubungan.

Keluasan Mukim:113 km persegi (43.6 batu persegi)

Ramai Penduduk berjumlah:2,558 orang

Jumlah kampung yang terdapat di mukim ini adalah sebanyak19 buah kampung dan Penghulu Mukim Bangar mempunyai tadahan Ketua Kampung sebanyak 4 buah iaitu Ketua Kampung Menengah, Ketua Kampung Batang Tuau, Ketua Kampung Puni dan Ujong Jalan dan Ketua Kampung Belingos.