2987 
Total Vacancies

12965 
Registered Jobseeker

7473 
Registered Companies



ELX News

MESYUARAT KETIGA JAWATANKUASA TERTINGGI REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEBRUARI – Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Bangunan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku Penasihat-Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd. Yussof dan Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman yang juga selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Burnei Darussalam 2015.

Mesyuarat dimulakan baccan al-Fatihah dan Do'a Selamat. Seterusnya ialah ucapan alu-aluan Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd. Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015.

Mesyuarat ketiga ini adalah bagi mendengar laporan dari Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Berangkat di mesyuarat tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Haji Mohd. Yussof, Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara. Juga hadir ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Regata Brunei Darussalam 2015.

Regata Brunei Darussalam 2015 ini adalah dikendalikan oleh bersama tiga kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Anjuran bersama ini adalah sebagai tahun ke tiga dikendalikan secara bersama tiga buah kementerian iaitu bermula pada tahun 2013.

Regata Brunei Darussalam 2015 ini akan diadakan pada hari Ahad, 1 Mac 2015 di perairan Sungai Brunei berhadapan dengan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.

Regata Brunei Darussalam mengandungi tiga objektif utama iaitu:-

I.Mengembalikan zaman kegemilangan dan nostalgia sejarah Lumba Perahu dan Bot Laju yang diadakan pada zaman tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an, di mana pada ketika itu setiap kali acara tersebut diadakan di Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan, suasana Bandar Seri Begawan adalah sungguh ceria dan meriah serta mampu menjana aktiviti perekonomian.

II.Mengembalikan keceriaan dan memeriahkan lagi kawasan Bandar Seri Begawan bukan sahaja sebagai pusat Bandar tetapi melalui acara yang diadakan, ianya dapat meningkatkan pendapatan kepada penduduk setempat untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan semasa acara itu nanti.

III.Mendokong ke arah memajukan lagi industri Pelancongan di Negara Brunei Darussalam ini, berkonsepkan "Kenali Negara Kitani" (KNK), iaitu untuk terus menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai pusat tarikan pelancong di Negara Brunei Darussalam.