Frequently Ask and Question (FAQ)

 

http://jobcentrebrunei.gov.bn/web/guest/download

sila klik Cara Mendaftar sebagai majikan

 
  • Ianya adalah satu portal menggunakan web based platform dan membolehkan akses pada bila-bila masa di mana sahaja secara online.
  • Dimana portal ini membolehkanPencari Kerja Tempatan mendaftar dan majikan bagi mendapatkan pekerjaan dan pekerja.
  • Portal ini digunakan untuk memaparkan iklan jawatan kosong, menerima dan memproses permohonan mengisikan jawatan kosong secara online
 
  • Pemohon perlu mempunyai alamat e-mel peribadi (e-mail address).
  • Mendaftar ke portal e-darussalam di www.gov.bn bagi mendapatkan username dan password yang akan digunakan untuk mendaftar (sign-up) ke portal ini.
  • Membuat pengesahan akaun e-darussalam dengan membawa Kad Pengenalan Pintar ke pusat-pusat verifikasi yang dibenarkan. Senarai lokasi kaunter-kaunter pengesahan akaun e-darussalam boleh dilihat di laman web www.gov.bn.
  • Tatacara bagi mendaftar dan mengaktifkan akaun e-darussalam boleh didapati dengan melayari www.gov.bn
  • Memastikan semua dokumen seperti Kad Pengenalan Pintar, Lesen Memandu, Sijil Berhenti Sekolah dan sijil-sijil kelulusan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan diimbas (scan) dan disimpan (save) bagi setiap sijil/kategori kelulusan.
 

Pencari Kerja Tempatan perlu mendaftar di dalam website ini dengan menyertakan Salinan Kad Pengenalan serta dokumen yang berkaitan. Dengan syarat 18-60 tahun (jika berumur 15-17 tahun perlu mendapat kebenaran Ibubapa/Penjaga) serta mempunyai kad pengenalan berwarna kuning atau unggu.

 

Tidak. Bagi yang tiada kemudahan komputer atau akses internet bolehlah menggunakan komputer/kiosk di kaunter APTK dan cawangan Daerah yang lain semasa waktu bekerja.